Boleh ke dedah slip gaji di tempat lama jika diminta syarikat baru? Ia sulit tapi wanita ini kata untuk elak pekerja tipu gaji

Oleh KIM SYAZIE

Dalam soal merekrut pekerja baru, sesetengah syarikat kebiasaannya ada meletakkan syarat agar pemohon menyertakan slip gaji di tempat kerja yang lama.

Ada yang melihat ia sebagai satu usaha untuk mengeksploitasi gaji yang selayaknya diterima seorang pemohon. Oleh itu ramai yang khuatir dan ragu-ragu untuk mendedahkan gaji lama mereka pada majikan di syarikat baru.

Merujuk kepada banyak pertikaian berkenaan hal ini, seorang pengguna Facebook Shada Mazan, ada mengumpulkan beberapa jawapan yang diperolehinya dari sebuah kumpulan Facebook yang ketika itu membincangkan tentang kewajaran mendedahkan gaji lama pemohon.

Baca Artikel Penuh