Boleh pula curi telefon awam! Ronnie Hussein kongsi kisah ‘nakal’ zaman remaja

Oleh MALAYSIADATELINE

Biasalah sewaktu remaja dahulu, kebanyakan tidak dihidangkan dengan barangan elektronik, segala keseronokan berada di luar rumah.

Disebabkan itu pastinya ada banyak pengalaman melucukan dan ‘nakal’ dilakukan oleh remaja zaman dahulu.

Penyanyi Ronnie Hussein juga mempunyai kisah ‘nakal’ tersendiri sewaktu remaja, bukan biasa-biasa tapi dia dan adiknya pernah mencuri telefon awam.

Berkongsi kisah dalam segmen Gegar Vaganza musim ke-11, Ronnie memaklumkan dia mengambil masa beberapa hari hanya untuk membuat perancangan sahaja.

“Benda paling ekstrem saya pernah buat masa remaja, syaa buat kerja tak berfaedahlah. Say pernah curi public phone.

“Satu malam tu saya dah plan (rancang) benda ni dalam tiga ke empat hari. Kali pertama pergi tu tak berjaya sebab kekurangan alatan

“Kali kedua tu dah cukup semua peralatan untuk mengangkat public phone, dan ‘partner’ saya pada malam tu adalah adik saya sendiri,” kongsinya dalam segmen tersebut.

Jelasnya proses mencuri telefon awam tersebut adalah rumit ditambah pula mereka perlu membawa ia menaiki motosikal.

“Rumit sebenarnya nak buka telefon awam tu sebab dia ada banyak skru kat belakang. Itu satu hal, lepas tertanggal, benda tu (telefon awam) berat.

“Boleh bayang tak saya bawa telefon awam tu naik motosikal dengan adik saya dan terpaksa bawa naik jalan raya tapi saya berjaya.

“Tapi sampai satu tempat bila nak buka telefon awam tu, tak ada duit pun. Sia-sia saya dapat dosa dan sejak hari tu saya dah bertaubat.

Baca juga: Apa maksud tiba-tiba ada bendera Malaysia dalam drama Korea Squid Game 2?