Mengejutkan, seorang doktor tidak menyangka bakal menemui seekor sotong tersangkut di dalam kerongkong pesakit warga emas.
Sebelum kejadian tersebut berlaku, pesakit yang berusia 55 tahun itu mulanya dikejarkan ke hospital selepas mengalami kesukaran untuk menelan.
Difahamkan, pesakit yang sudah lanjut usia itu mengalami gejala muntah-muntah selepas menyantap hidangan makanan laut di sebuah restoran.
Berdasarkan laporan Daily Mail, pakar perubatan memutuskan untuk menjalani ujian prosedur imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) ke atas pesakit.
Hasil ujian mendapati wujudnya benda asing di dalam esofagus (tiub berongga yang berfungsi untuk menghantar makanan dari mulut ke perut) pesakit.
Doktor akhirnya menemui sotong yang tersangkut itu selepas melakukan pemeriksaan endoskopi dengan memasukkan tiub kamera ke dalam esofagus.
Tidak mahu ada sebarang komplikasi, doktor mencuba untuk menolak sotong itu dengan lemah lembut, namun percubaan pertama itu gagal.
Doktor kemudian melakukan percubaan kedua dengan menolak tiub kamera melepasi sotong agar pesakit dapat memuntahkan hidupan laut itu.
Setelah itu, doktor menggunakan forsep bagi menarik kepala sotong keluar dan pesakit dilaporkan pulih sebelum dibenarkan keluar dua hari kemudian.
Kejadian mencemaskan itu berlaku di Hospital Tan Tock Seng, Singapura dan pihak perubatan memaklumkan bahawa kes tercekik memang sering dilaporkan di hospital.
Baca juga: Bermodalkan RM40, penjual karipap ini mampu raih RM80,000 sebulan!