Seramai 4,178 anggota perkhidmatan awam Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan diberi ‘Bonus Raya’ sebanyak tiga perempat (3/4) bulan gaji, dengan minimum RM700 seorang sebelum sambutan Aidilfitri nanti.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng membuat pengumuman itu pada Sesi Penggulungan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di sini, petang semalam.
“(Ini) mengambil kira kos inflasi dan peningkatan kos hidup yang begitu ketara kerana GST (Cukai Barangan Dan Perkhidmatan),” jelas Guan Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih.
Selain itu, Guan Eng turut mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan kepada 1,486 Penyelia dan Guru KAFA (Kelas Agama Dan Fardu Ain), 192 guru Sekolah Rendah Agama Rakyat masing-masing turut menerima ‘bonus raya’ sebanyak RM300.
522 guru dan staf Sekolah Persendirian Cina masing-masing turut menerima ‘Bonus Raya’ atau Bantuan Kewangan Khas berjumlah RM300 seorang.
Umum Guan Eng lagi, 215 guru tahfiz Al-Quran, Tuan-tuan Guru Pondok dan guru Tadika Islam (TADIS) di negeri ini masing-masing turut menerima RM200.
Keseluruhan belanja pemberian dianggarkan berjumlah RM7.95 juta