Pertunjukan fesyen biasanya dilakukan di tempat tertutup nama satu jenama ini menggunakan laluan pejalan kaki.
Ini bukan sekadar menyakitkan pandangan mata dengan ‘fesyen’, malah turut mengganggu pejalan kaki.
Sudahlah susah untuk melintas, tiba-tiba ada pula ramai model yang mengambil keseluruhan ruang hingga menyukarkan orang lain.
Seorang pemuda di Twitter, @AimanIAbdullah, mengecam acara ini kerana menyalahgunakan kemudahan awam.
“Orang kaya menyalahgunakan kemudahan awam secara sewenang-wenang dan mengganggu proses orang lain.
“Lebih-lebih lagi apabila mereka mencari ilham pakaian tradisional daripada Teletubbies,” katanya di Twitter.
Malah ramai yang mengkritik fesyen tersebut yang dikatakan merosakkan pakaian tradisional tersebut.
“Baju Melayu sangat ‘classy’ (berkelas) bagaimana mereka boleh membuatnya kelihatan tidak kemas,” kata seorang pengguna Twitter.
Jangan kerana terlalu fikirkan fesyen, hilang terus entiti pakaian tradisional orang Melayu sampai akhirnya menjadi bahan jenaka orang lain.
Baca juga: Audio tak jelas, Lembaga Peperiksaan nafi guna suara TikToker untuk Ujian Mendengar Bahasa Inggeris