Tular mengenai tangkap layar satu kumpulan di Telegram yang berkongsi mengenai hal dalam kain pasangan suami isteri.
Malah ada yang berkongsi hal tidak senonoh yang tak elok untuk dikongsi untuk orang ramai.
Disebabkan itu wanita yang juga pentadbir kumpulan Telegram tersebut tampil membuat permohonan maaf menerusi akaun Facebook (FB).
Ini adalah berikutan kandungan yang dihasilkannya mengandungi unsur lucah serta bersifat keterlaluan.

Wanita tersebut mengemukakan permohonan maaf selepas mendapat kecaman daripada pelbagai pihak.
“Saya pemilih bagi FB ini, memohon jutaan maaf atas kesilapan juga kekhilafan daripada pandangan saya yang menimbulkan kericuhan (kekecohan) dan ketidaknyamanan (tidak harmoni) antara kita.
“Apa yang berlaku itu adalah suatu pengajaran dan pertanggungjawab ke atas diri saya. Apa yang saya lontarkan sama ada dalam FB mahupun kumpulan (grup) adalah pendapat serta pandangan saya sendiri yang tidak bersangkut paut dengan madrasah atau mana-mana guru saya.
“Semoga permohonan maaf ini dapat menjernihkan tanggapan dan suasana tidak kondusif antara warga medsos (media sosial) kebelakangan ini.
“Kepada Allah saya memohon ampun, pada Rasulullah saya mengharap syafaat, kepala kalian saya memohon maaf,” tulis wanita berkenaan menerusi hantaran di Facebook.
Baca juga: Cuaca terlalu panas, budak buat eksperimen masak telur tanpa api