Buaya biasanya ditemui di dalam air ataupun di lembah air tawar. Belum pernah kita dengar binatang buas pemangsa itu dijumpai di dalam tanah.
Namun itulah yang berlaku di satu kawasan di Indonesia apabila video buaya muncul dari bawah tanah menjadi tular.
Kecoh di media sosial menunjukan tiga ekor buaya secara tiba-tiba telah muncul dari dalam tanah. Memetik Tribun News, kemunculan tiga ekor buaya dari dalam tanah itu telah menggemparkan penduduk sekitar.
Dipercayai, tanah simen itu telah dihubungkan dengan sungai atau tasik yang berada di bahagian bawahnya. Berdasarkan video rakaman tersebut, simen itu kelihatan seperti lorong kepada sebuah jalanan.

Kemunculan buaya itu telah membuatkan penduduk teruja dan panik dalam masa yang sama. Mereka juga didengar menjerit sambil ketawa apabila seekor buaya cuba menghampiri mereka.
Buaya-buaya itu muncul dari tanah selepas petugas mengalihkan permukaan plaster simen yang tebal. Proses mengeluarkan tiga ekor buaya yang muncul secara tiba-tiba itu menjadi tular setelah ia dimuat naik oleh akaun @mksinfo.official.
baca: Baru tahu ada 3 petua ‘orang lama’ untuk hilangkan bulu di muka, gadis berkumis boleh cuba cara ini!