Masih di bangku sekolah tapi sudah diberikan watak dewasa, hal ini membimbangkan orang ramai apabila pengarah dilihat sambil lewa mengambil pelakon bekerja.
Apatah lagi mereka yang sudah berusia diberikan watak budak sekolah tapi lain pula dengan budak bawah umur.
Tular klip pendek drama Surat Dari Tuhan yang memperlihat watak dilakonkan Qistina Raisah yang baru berusia 15 tahun ditiduri oleh pelakon dewasa lain.
Pengguna X yang memuat naik klip tersebut pelik mengapa tiada pelakon lain yang membawakan watak tersebut.
“Macam pelik ya budak umur 15 tahun bawa watak macam ni. Kebanyakan drama Melayu memang kering idea eh,” ujarnya dalam hantaran di X.
Rata-rata warganet bersetuju dengan hal tersebut apabila pelakon lain yang sudah berusia diberikan watak muda.
“Yang dah nak 30 bawa watak budak sekolah. Umur budak sekolah bawa watak dewasa. Pastu tanya kenapa tak layan cerita Melayu,” komen pengguna X.
“Ya fizikal dia matang tapi bahasa tubuh dan reaksi sama macam budak bawah umur. Lebih elok dia berlakon jadi pelajar sekolah menengah sahaja.
“Bukan kondem tapi kalau selalu sangat drama pilih pelakon asal popular je kutip trus bawa berlakon sampai bila,” ujar pengguna lain.
Sebelum ini drama tersebut juga mendapat perhatian ramai selepas babak dilakonkan oleh Janna Nick terlihat memaki hamun mak mentuanya dalam cerita tersebut di Makkah.
Babak tersebut kemudian digesa oleh orang ramai untuk tidak ditayangkan kerana menunjukkan rasa tidak hormat kepada tanah suci Makkah.
Baca juga: “Setakat bagi watak orang gaji tak payahlah”, Norlia Ghani tolak produksi bayar RM200 satu episod