Bukan calang-calang orang Tan Sri Syed Danial ni, ini biodatanya

Oleh ROSLAN ZAMAN

Kemunculan individu ini pastinya dinantikan rakyat Malaysia yang beragama islam. Ironinya ‘pakcik’ ini hanya muncul 2 kali setahun di kaca tv, iaitu sebelum masuk 1 ramadan dan 1 syawal. Inilah dia Tan Sri Syed Danial, pemegang Mohor Besar Raja-Raja. Yang paling menarik sebelum kemunculannya di kaca tv, ada sebahagian netizen akan bermain kuiz teka baju warna melayu yang bakal dipakai beliau.

Dilahirkan pada 30 November 1944, Syed Danial membesar di Georgetown, Pulau Pinang dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kelawai.

Beliau kemudiannya melanjutkan pelajarannya di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) Perak sehingga tamat persekolahan.

Selepas menamatkan sesi persekolahan, Syed Danial melanjutkan pengajian di peringkat ijazah di Universiti Malaya pada 1967.

Setelah itu, beliau meyambung pengajian akademiknya di luar negara di University of Wisconsin yang terletak di Amerika Syarikat.

Untuk menjadi Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, seseorang itu perlulah menjadi pegawai kanan kerajaan yang masih berkhidmat atau bersara.

Sebelum ini, beliau pernah berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) selama 32 tahun di pelbagai kementerian, agensi dan jabatan kerajaan.

Beliau juga pernah ditempatkan di negeri Sabah, Sarawak, Perak, Kedah dan Perlis semasa menjawat jawatan PTD pada Mei 1967 sehingga Disember 1999.

Selepas bersara pada 2002, Syed Danial dilantik untuk menjadi Datuk Paduka Maharaja Lela di Istana Negara sehingga 2004.

Kemudian, beliau menjadi Datuk Pengelola Bijaya Diraja pada tahun 2004 hingga 2006 dan seterusnya dilantik oleh Majlis Raja-Raja sebagai Ahli Majlis Angkatan Tentera di bawah peruntukan Perkara 137, Perlembagaan Persekutuan.

baca: Pencari Hud Aryan berakhir, mayat ditemui tersangkut pokok di muara sungai