Pelakon jelita, Datin Paduka Eina Azman sebelum ini menggemparkan media sosial dengan satu hantaran video yang memaparkan dirinya sedang menangis.
Hantaran yang dimuat naik melalui Instagram ‘Story’ itu kemudian diikuti dengan kata puitis yang memberi gambaran bahawa Eina tidak dihargai.
Bagaikan bermusim, netizen menyangka pernikahan Eina bersama ahli perniagaan, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah itu sedang diganggu ‘penyondol’.
Namun, misteri itu terungkai apabila suaminya itu membuat kejutan ketika Eina sedang bekerja dengan membawa sejambak bunga wang tunai.
Rupa-rupanya Eina Azman kecewa suami yang disayanginya itu lupa untuk memberi ucapan pada hari ulang tahun kelahirannya.
Menyangka suaminya sudah berubah, perbuatan Kaiser itu sebenarnya hanyalah satu bentuk ‘prank’ atau kejutan kepada Eina.
“Saya nak buat kejutan untuk dia, saya tak nak orang tahu. Ini kali pertama dia bekerja masa ulang tahunnya. Selama ini tidak pernah buat macam ini.
“Tapi bila dia menangis hari itu, saya hampir nak beritahu dah. Saya tak pernah lupa ulang tahun dia,” pujuk Kaiser.
Terharu dengan kejutan itu, Eina mengakui dirinya terlalu larut dalam emosi sehingga menyangka yang bukan-bukan terhadap suaminya itu.
Namun begitu, rata-rata netizen mula membuat spekulasi bahawa insiden itu sebenarnya hanya ‘marketing’ untuk mempromosikan produk terbaharu.
Apapun niatnya, semoga situasi ini menjadi pengajaran buat isteri agar tidak terlalu terburu-buru berkongsi rahsia rumah tangga buat tatapan umum.
Baca juga: Dipaksa kahwin, pemuda 30an nekad larikan diri dari rumah