Bukan mahu lari dan ‘delay’ kes, tapi ini penjelasan peguam Siti Bainun kenapa tarik diri

Oleh KIM SYAZIE

Setakat hari ini, lima peguam Siti Bainun dilaporkan sudah menarik diri dari mewakili pengasas Rumah Bonda itu dalam kes mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down yang dikenali sebagai Bella.

Nurul Hafidzah Hassan antara peguam yang disebut-sebut kerana penarikan diri dalam kes ini merupakan yang kedua dan dianggap satu penyalahgunaan proses mahkamah, menurut Timbalan Pendakwa Raya, Zilfinaz Abbas.

Dalam satu hantaran peguam itu di laman Instagram miliknya, dia telah menjawab beberapa komen yang bertanya mengapa dia dan peguam-peguam yang lain ‘meninggalkan’ Siti Bainun.

Hafidzah memberitahu tiada siapa yang meninggal Bainun kerana dari sudut undang-undang, penarikan diri peguam dalam sesuatu kes adalah perkara biasa.

Namun dia memaklumkan terpaksa menarik diri dari kes ini kerana kekangan masa dan tiada kelapangan dalam tempoh waktu yang sudah ditetapkan pihak mahkamah.

“Kita orang dah penuh tarikh dan komitmen dari Januari sampai Mac. Dah minta (tunda) pada April, tapi tak dapat. Memang tak boleh nak buat apa sebab kerja dah bertangguh dari 2022. Semua kes masuk bicara juga,” katanya membalas komentar pengikutnya.

Baca Artikel Penuh