Bukan main lagi guna pembaris nak sukat air, sekali dah masak mentah nasinya

Oleh KIM SYAZIE

Beras kalau nak dimasak ada caranya tersendiri tambahan pula sekarang ada pelbagai jenis beras jadi sukatan air juga berbeza.

Selalunya yang di ajar mak-mak zaman dulu adalah menggunakan jari telunjuk, paras air atas beras perlu sama dengan paras beras yang diukur.

Cara ini tidak menjadi untuk semua ya, kalau guna beras basmati, anda perlu gunakan sukatan air yang sama dengan sukatan beras.

Buat lelaki ini, Azrul Amir Amir terpaksa mengajar rakannya untuk memasak nasi dengan cara yang betul.

“Sini aku nak ajar, mula-mula sukat beras dengan pembaris kemudian basuh beras tersebut.

“Kemudian sukat semula, satu sentimeter (sm) beras bersamaan dengan dua sm air,” ujarnya.

Baca Artikel Penuh