Isu ‘Makcik Kemboja’ masih belum reda, kini timbul pula rakan niaga yang membuat pendedahan mengenainya.
Usahawan tersebut tular selepas mengutuk orang Melayu malas dan menyatakan bahawa hanya orang Kemboja rajin.
Walaupun sudah meminta maaf, anaknya pula tampil membuat video yang sekali lagi menaikkan kemarahan ramai.
Kini tampil pula pengguna TikTok yang juga rakan niaga kepada Madam Mariyah membuat pendedahan mengejutkan.
“Kami cabar Makcik Kemboja…Mai datang Penang bawa sejumlah wang hutang tu.
“Ramai ja yang berhutang, bayaran semua cantik… Tapi Makcik Kemboja liat sungguh nak bayar,” jelas pekerja tersebut.
Tambah lelaki tersebut memang ramai berhutang tapi semua bayar mengikut masa ditetapkan tapi lain pula dengan ‘Makcik Kemboja’ yang dikatakan ‘liat’ nak bayar hutang.
“Apa kata kita selesaikan elok-elok? Hutang pandai bayar tak nak,” ujarnya dan pada masa sama menasihatkan orang lain untuk melunaskan pembayaran mereka.
Rata-rata netizen memuji sikapnya yang sangat tenang dalam meminta hutang kembali.
“Terbaik bang, ambil kesempatan kes mak cik kemboja tu. Baru kita nampak anak Melayu berjaya dan ada kedai, kilang semua.
“Laaa, depa (mereka) sikit punya kaya paa…tak akan ada berhutang dengan orang kot,” antara komen netizen.