‘Bukan semua duda bak malaikat, janda macam syaitan’ – Fazley nasihat jangan cepat hukum

Oleh MAISARAH AISYA

Stereotip terhadap duda dan janda seringkali membentuk persepsi masyarakat yang berat sebelah.

Disebabkan itu, penyanyi dan chef selebriti Datuk Fazley Yaakob mempersoal kenapa ramai mencipta stigma terhadap individu yang telah bercerai.

Menerusi Threads, Fazley Yaakob berkongsi pandangan bahawa tidak semua duda itu baik dan tidak semua janda itu jahat.

“Nak tanya, kenapa bila jadi duda orang semua sibuk nak kenal tapi bila yang jadi janda semua pandang serong.

“Bukan semua duda bak malaikat dan bukan semua janda tu macam syaitan? Kau faham tak?” kongsinya di Threads.

Kongsinya, gelaran seperti ‘Duda Terhangat’ selalunya dianggap mengangkat ego, manakala gelaran ‘Janda Terhangat’ sering membuat orang cepat menjatuhkan hukuman terhadap wanita berkenaan.

Fazley turut mengingatkan bahawa gelaran-gelaran ini kadang-kadang hanya untuk hiburan dan tidak sepatutnya diambil serius.

“Gelaran-gelaran ini kadang-kadang hanya untuk suka-suka sahaja, jadi korang jangan ambil terlalu serius.

“Mana ada orang kahwin dengan niat nak cerai, tak semua penceraian tu buat orang makin derita, bukan semua perkahwinan tu kekal sebab dia bahagia,” tambahnya.

Baca juga: Paling banyak kereta terjual di ASEAN, macam mana Malaysia boleh kalahkan Thailand?