Tidak menghormati bulan suci umat Islam, pasangan kekasih sanggup berkelakuan tidak senonoh selepas bebruka puasa Dataran Lembang, daerah Bandung Barat, Indonesia.
Menurut Detik.com, seorang individu dikenali sebagai Resty Edoy berjaya merakam aksi tersebut sebelum dimuat naik di laman Facebook.
Video pendek tersebut memaparkan sepasang kekasih yang sedang duduk di tangga sebelum dilihat seorang lelaki yang cuba mencium kekasihnya.
“Memang saya yang rakam video itu kerana tidak selesa melihat perkara itu dilakukan di tempat awam.
“Kejadian berlaku pada pukul 6.30 petang (waktu tempatan) sejurus selepas berbuka puasa,” ujarnya.
Dakwa individu ini lagi, pasangan ini bukan sahaja berkucupan malahan lelaki itu cuba memeluk teman wanitanya yang kelihatan jauh lebih muda daripadanya.
“Mereka memang terlampau mesra. Sebelum itu, saya terserempak dengan mereka ketika mahu membeli makanan ringan.
“Lelaki itu terus memeluk teman wanitanya, padahal ramai kanak-kanak di sana. Takut menjadi contoh yang tidak baik,” tambahnya juga.
Menurut Resty, dia sudah berniat untuk menegur perbuatan pasangan tersebut namun cubannya gagal.
“Bulan Ramadan pun kau boleh buat benda tak senonoh ni!,” ujar seorang pengguna media sosial.
Ujar Resty lagi, dia pada mulanya berniat untuk menegur perbuatan tersebut namun cubaannya gagal.
Baca juga: Pernah memiliki kelab malam, jutawan muda ini pilih untuk peluk Islam