Bukan semua bulu burung ada nilai yang tinggi, tapi kebanyakan dijual adalah bulu burung yang sudah pupus.
Bila sudah pupus maka tinggilah permintaan untuk peminat yang mahu menyimpan ia sebagai tanda kenangan.
Bulu termahal di dunia ini adalah milik burung Huia yang kali terakhir spesies itu dilihat adalah pada 1907.
Namun terdapat beberapa penampakan yang tidak dapat disahkan kesahihannya, dilaporkan dalam tempoh 30 tahun berikutnya.
Burung huia dianggap suci oleh orang Māori dan bulunya digunakan sebagai perhiasan kepala.
Bulu tersebut dijual pada harga AS$28,417 (RM133,989), menjadikannya bulu paling mahal di dunia, lapor agensi berita United Press International.
Rumah Lelongan Webb di New Zealand memaklumkan, bulu itu dijual melebihi harga anggaran berjumlah AS$1,800 (RM8,487).
Jualan itu mengatasi rekod sebelumnya iaitu sehelai bulu yang dijual pada harga AS$5,150 (RM24,301.56) dalam tahun 2010.
“Kami sangat berbesar hati kerana bulu unik ini telah mendapat bidaan yang sangat tinggi,” kata ketua Seni Hiasan Rumah Lelongan Webb, Leah Morris.
Morris memberitahu Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) bahawa bulu yang memecahkan rekod dunia berada ‘dalam keadaan sempurna’.
Baca juga: Bapa sanggup melutut minta maaf selepas dihina anak gadis, rupanya sebab tak mampu belikan iPhone