Bunga Citra Lestari dituduh terlalu cepat ‘move on’, ini respon bapa Ashraf Sinclair

Oleh WAN SITI AMINAH

Penyanyi dan pelakon Indonesia, Bunga Citra Lestari telah sah menjadi isteri kepada usahawan, Tiko Aryawardhana pada 2 Disember, Sabtu lalu.

Menyita perhatian ramai, majlis yang berlangsung di Amankila Resort, Bali itu turut dihadiri ibu bapa dan adik-beradik Allahyarham suaminya iaitu pelakon, Ashraf Sinclair.

Berjaya mengundang rasa terharu, orang ramai dapat melihat kemesraan Bunga dan Tiko di dalam majlis itu bersama ibu bapa Ashraf melalui video tular di media sosial.

Penonton video berkenaan pastinya merasa sangat terharu ketika melihat pasangan yang baru sahaja menikah itu menghampiri lalu memeluk erat ibu dan bapa Ashraf.

Seorang pengguna sosial media kemudian tampil bertanyakan perasaan bapa Ashraf  iaitu Mohamed Anthony John Sinclair apabila melihat isteri anaknya bernikah semula.

Menyifatkan pernikahan kedua Bunga Citra Lestari itu berlaku terlalu cepat, individu tersebut meninggalkan komen dalam satu hantaran Mohamed Anthony di Instagram.

“Saya rasa sangat sedih. Bagaimana perasaan anda apabila BCL (Bunga Citra Lestari) move ondengan begitu cepat. Mesti rasa sangat kecewa kan?,” soal individu terbabit.

Memberikan maklum balas, Mohamed Anthony yang mesra disapa Pak Mat itu mengakui tidak pernah merasa sedih malah tumpang gembira dengan kebahagiaan Bunga.

Hal ini kerana sudah lebih empat tahun anaknya, Ashraf Daniel Mohammed Sinclair meninggalkan dunia buat selama-lamanya akibat serangan jantung ketika tidur.

“Tidak (sedih). Malah kita sebenarnya tumpang gembira untuknya. Lagipun sudah empat tahun berlalu (Ashraf meninggal dunia).” Jelas Pak Mat di Instagram miliknya, @marmalademagician.

Maklum balas yang dikongsikan bapa Ashraf, Mohamed Anthony

Terdahulu, Bunga dan Tiko yang merupakan duda tiga anak berusia 43 tahun itu melangsungkan perkahwinan kedua mereka pada 2 Disember lalu di Bali, Indonesia.

Difahamkan, Tiko telah bercerai dengan bekas isterinya pada 2021 lalu manakala Bunga bergelar ibu tunggal selepas Ashraf meninggal dunia pada 18 Februari 2020.

Hasil perkongsian hidup bersama Ashraf, pelantun lagu Wanita Terbahagia itu dikurniakan seorang anak lelaki bernama Noah Aidan Sinclair yang kini berusia 12 tahun.

@12qyaa

Replying to @via_lerin Momen BCL dengan orangtua alm. Ashraf😭 #bcl #tikoaryawardhana #bungacitralestari #noah #ashraf #wedding #bali #fyp

♬ Ada – Lyodra & Afgan

Baca juga: Tular video makan bersama, Mimi Lana masih tidak iyakan atau nafi hubungan cinta dengan Syafiq Kyle