Seorang wanita yang juga suri rumah meluahkan dilema mahu meneruskan keputusan untuk bercerai atau tidak.
Dalam hantaran yang tular di media sosial, wanita tersebut berkongsi bahawa dia telah lama memendam keletihan fizikal dan emosi akibat mengurus anak-anak dan rumah tangga seorang diri.
Katanya, walaupun suaminya seorang penyedia (provide yang baik dari segi kewangan, namun dia tidak membantu dalam hal penjagaan anak-anak.
“Hai saya suri rumah anak tiga orang. Saya buat keputusan nak cerai. Suami saya dominan dan ‘provider’.
“Bayangkan saya suri rumah tanpa ada sebarang pendapatan sampingan tapi suami saya sediakan semua dari rumah, kereta, duit. Semuanya. Tapi suami saya lepas tangan soal anak-anak,” luahnya.
Wanita itu menambah, setiap kali dia meluahkan keletihan atau apabila dia jatuh sakit, suaminya dikatakan langsung tidak mengambil peduli.
Malah apabila dia marah akibat tekanan dan keletihan mengurus keluarga, dia dilabel sebagai tidak bersyukur.
“Bila saya marah-marah sebab terlalu burn-out dengan urus anak-anak dan rumah, saya dilabel tidak bersyukur. Salahkah untuk saya merasa penat, sakit dan emosi tidak stabil?”
Luahan itu mendapat pelbagai reaksi warganet, termasuk seorang pengguna lain yang menasihatkan wanita itu supaya berfikir panjang sebelum memutuskan untuk bercerai.
“Saya tahu emosi perasaan kita valid. Tapi tu tak sesuai jadi sebab untuk bercerai. Cuba bawa berbincang lagi… Kalau sis bercerai, lagi banyak benda sis nak kena pikir. Lagi penat melampau-lampau”.
Baca juga: Juruteknik hilang beberapa jari, terima pampasan RM319 juta!