Cadang ibu bapa beri ubat tidur kepada anak meragam, lelaki dalam video tular minta maaf
Oleh WAN SITI AMINAH
Baru-baru ini tular satu rakaman memaparkan sepasang suami isteri menunjukkan riak muka kurang senang akan kehadiran penumpang kanak-kanak yang meragam di sepanjang perjalanan ketika mereka menaiki feri.
Rakaman itu telah mengundang kecaman orang ramai kerana situasi yang mana kanak-kanak meragam ketika menaiki pengangkutan awam termasuklah feri dianggap sebagai perkara biasa malah sering kali berlaku.
Keadaan bagaimanapun menjadi semakin buruk apabila sang suami pula bertindak meninggalkan komen dengan berkongsi pandangan supaya anak-kanak yang meragam di tempat awam diberikan ubat tidur sahaja.
Seperti dijangka, komen tersebut telah membangkitkan kemarahan orang ramai terutamanya ibu bapa sekali gus membuatkan lelaki itu menjadi sasaran kecaman ekoran pandangannya yang membahayakan nyawa kanak-kanak.
Individu itu kemudian memuat naik hantaran baharu di platform TikTok untuk membuat permohonan maaf dan memberikan penjelasan tentang niat sebenarnya dalam berkongsikan hantaran yang tular sebelum ini.
Jelasnya, video tersebut bukanlah dikongsi dengan tujuan untuk memperlekehkan mana-mana ibu bapa terutama mereka yang mempunyai anak-anak terlalu aktif ataupun berkeperluan khas.
Sebaliknya individu berkenaan mendakwa hanya mahu membukakan ruangan perbincangan berhubung kaedah sebetulnya dalam menangani sikap kanak-kanak yang mula meragam di tempat awam.
Assalammualaikum dan salam sejahtera, Dengan rasa rendah hati dan berlapang dada sy memohon maaf andai kata video tersebut mengundang kesedihan dan menyinggung para ibu bapa di luar sana. Mungkin cara penyampaian video saya terlalu lantang sehingga menyebabkan pelbagai andaian drpd pelbagai pihak Demi Allah, sy mengagumi para ibu bapa yg mempunyai anak2 yang aktif, yang hyper dan special needs kerana mereka kuat dalam menangani situasi jika anak2 mula meragam dan sebagainya. Tujuan asal video sebenarnya ingin mengetahui lebih lanjut macam mana parents akan handle bila anak start meragam. Sebab sy percaya setiap masalah pasti ada penyelesaian tnpa mengeluarkan statement “biasalah budak2” Sy percaya ibu bapa jugak takkan pernah biarkan anaknya sakit ataupun menangis begitu lama dan bukannya niat saya utk memalukan mana2 pihak. Mungkin cara sy menulis menimbulkan salah faham dan membuka ruang sehingga menyebabkan org ramai berfikir kami tak sukakan budak2. Kami berlapang dada menerima segala teguran dan nasihat daripada anda semua. Terima kasih kerana masih sudi untuk menegur mana part yang kami salah. InshaAllah di masa hadapan, kami akan lebih improve dan menjadi orang yang lebih baik. Mana yg mendoakan keburukan atas kami, secara ikhlas dan atas nama Allah, kami memaafkan kalian semua. Love you all ❤️ Terima kasih.
“Dengan rasa rendah hati dan berlapang dada, saya ingin memohon maaf andai kata video tersebut mengundang kesedihan dan menyinggung para ibu bapa di luar sana. Mungkin cara penyampaian video saya terlalu lantang,
“Sehingga menyebabkan pelbagai andaian timbul dari banyak banyak pihak. Demi Allah, saya mengagumi para ibu bapa yg mempunyai anak-anak yang aktif. Hyper dan berkeperluan khas kerana mereka kuat dalam menangani situasi jika anak mula meragam dan sebagainya.
“Tujuan asal video itu sebenarnya ingin mengetahui lebih lanjut macam mana ibu bapa menguruskan anak apabila mula meragam,” kata individu berkenaan di dalam video penjelasan berdurasi dua minit 58 saat tersebut.
Menerusi perkongsian yang sama, individu terbabit turut mengakui kesilapannya meninggalkan komen mengenai pemberian ubat tidur kepada kanak-kanak selain tidak mempunyai niat untuk menggalakkan perbuatan itu.
Individu berkenaan mendakwa bahawa perkara sebenar yang dimaksudkannya adalah ubat alahan pergerakan bukanlah ubat tidur seperti dalam komen tular kini sudah dipadamnya.
‼️Triggered Warning‼️ Real life experience yg jadi time dlm ferry. Kami ulang alik atas urusan kerja, Kelantan – Kuala Kedah – Langkawi – Kuala Kedah – Penang – Kelantan drive and nasib tak baik time hari blk dr Langkawi – Kuala Kedah wife tengah demam panas, muntah non stop and menahan migraine tu yg aku kasi gula2. Kalau bayi faham tapi masalahnya dah besar budaknya siap blh cakap apa yg dia nak. Aku dulu kalau buat hal tempat awam hbis dah kena cubit tapi budak ni mak bapak dia boleh pulak ( iye sayang sayang sayang ) if sekejap takpe tapi ini dkt sejam lebih sampai mengganggu satu ferry, tp that kid diam after dpt apa yg dia nak tu pun after sejam lebih menangis and meraung. lain pulak kalau anaknya baby kita faham lah juga tapi ni alhamdulillah sihat je siap boleh menjawab apa yang dia nak & ikut size 6-7 tahun. Dalam video ni aku takde mengaibkan mana2 pihak. Even muka parents and budak tu pun aku tk tunjuk dalam video ni. Just aku and wife. “Bisinglah” mulut wife aku pun tak bergerak. Ini sekadar awareness and tlg ambik dr side yg positive.TOLONG jgn bgi alasan biasalah budak2 . Aku pun pernah budak juga bukannya lahir terus besar gedabak dan dari dia budak lah kena ajar sperti peribahasa “melentur buluh biar dari rebungnya”. So Solutionnya ape? Parents yang anaknya kuat tantrum, apa yg korang buat utk distract anak korang? Boleh sharekan tips korang? Mana tahu membantu utk yang bakal menjadi parents nanti or yg deal dgn anak fruits Selain dari alasan (biasalah budak2 / ada anak nanti tahu lah ). If got solution tolong kongsi supaya yang lain dapat manfaat bukan nak triggered tak tentu hala. Bukannya mendoakan keburukan atas orang lain. Peace no war 😊
“Ubat tidur yang aku maksudkan adalah ‘motion-sickness’. Ini bukan kenyataan untuk membuat pusingan U. Tetapi memang kesalahan di dalam kenyataan aku sebelum ini.” Jelas individu berkenaan.