Kini industri seni semakin kekurangan pelakon veteran kerana dilihat terlalu fokus kepada pelakon baru dengan pengikut yang lebih banyak.
Dapat dilihat lakonan kaku pelakon baru hingga menyebabkan peminat kurang menonton drama semasa.
Menurut Utusan, pelakon senior Noorkhiriah meluahkan rasa kecewa terhadap sesetengah pihak yang dilihat bermain tarik tali semasa menawarkan pekerjaan.
Noorkhiriah sedar kemungkinan dia tidak lagi dilihat relevan dalam industri sehingga menyebabkan individu terbabit bertindak menyekat rezekinya untuk berlakon.
“Itulah kehidupan. Allah SWT itu Maha Baik. Maka pada kita yang bergelar manusia perlu juga baik. Andai tak suka, jujur saja walaupun kejujuran itu sakit.
“Cakap sajalah ‘Noorkhiriah awak dah tak relevan dalam industri’. Jangan main tarik tali. Terima kasih Allah atas kasih sayang.
“Pasti ada hikmah di sebalik kejadian. Saya percaya, sabar itu mahal,”katanya menerusi Instagram.
Penulisan itu dikatakan sebagai luahan hati buat mereka yang ingin terjun ke bidang seni agar berfikir masak-masak.
“Mana tahu, jika ada adik-adik yang nak jadi artis, bagi saya boleh. Tetapi, fikirlah masak-masak sebab pengakhiran anak seni ini tidak semanis yang disangka melainkan awak lahir-lahir atas duit dan masuk industri sekadar angin lalu, dah meletup, chow.
“Tapi serius, saya sendiri tak sangka kehidupan anak snei macam ini. Sangka saya, tak ada pahit, kelat, masin, tetapi ada rupanya.
“Namun, bila fikir semula, Allah sudah bagi nikmat itu dah banyak dan sudah lama pada saya,”katanya.
Baca juga: Aliff Syukri kecewa orang gaji berzina dalam rumah, paling sedih lima jam tangan mewah dicuri