Calon PKR DUN Larkin positif Covid-19

Oleh Oleh MALAYSIA DATELINE

Calon PKR untuk DUN Larkin Dr Zamil Najwah Arbain telah disahkan positif Covid-19 hari ini, demikian menurut Ketua Pemuda PKR Akmal Nasir.

Beliau berkata, bendahari Cabang PKR Pasir Gudang itu terpaksa menangguhkan segala perancangan program yang melibatkan dirinya.

Katanya, ujian kendiri sering dilakukan dan menjadi amalan mereka sebelum memulakan aktiviti berkempen.

“Saya telah dimaklumkan bahawa Dr Zamil Najwah, calon PKR untuk DUN Larkin telah disahkan positif Covid-19.

Calon PKR DUN Larkin positif Covid-19
Dr Zamil Nadwah

“Memang menjadi amalan kami untuk lakukan ujian kendiri harian sebelum memulakan aktiviti kempen.

“Mohon maaf kerana terpaksa menagguhkan segala perancangan program yang melibatkan calon,” katanya.

Dalam masa yang sama Akmal yang juga Ahli Parlimen Johor Bharu turut melakukan saringan kendiri bagaimanapun beliau disahkan negatif.

Namun katanya, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Johor Bahru akan ditutup sehingga esok bagi tujuan sanitasi. Segala urusan pejabat dan #FoodbankJB ditangguhkan sementara waktu.

“Sama sama kita doakan agar kesemua mereka yang sedang mengalami Covid-19 diberikan kesembuhan segera serta kekuatan buat petugas barisan hadapan KKM yang terus menanggung bebanan dalam menguruskan wabak ini,” katanya.