Siapa sangka penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice berbesar hati untuk membayar saman berjumlah RM1,000 yang dikenakan terhadap seorang pemuda atas kesalahan menconteng tembok bangunan kedutaan Amerika Syarikat (AS) dengan perkataan ‘terrorist’ (pengganas).
Menerusi hantarannya di Instagram, dia memuat naik satu resit perbankan yang berjumlah RM1,000 kepada akaun pemuda 23 tahun itu.
Penyanyi berusia 35 tahun itu turut memuji keberanian tindakan jurutera tersebut.

“Settle… Awak memang berani dik dan kita sentiasa di belakang sahabat-sahabat kita yang pejuang demi Al-Aqsa. Insya-Allah,” tulisnya.
Terdahulu, Caprice ada meminta pengikutnya untuk memberitahu kepada pemuda itu bahawa dia akan membayarkan saman untuknya.
Sekadar info, majistret Wong Chai Sia telah menjatuhkan hukuman denda terhadap Ahmad Ridzwan Al Amin Azman Shah, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.
Selain itu, mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara sebulan, jika dia gagal untuk membayar saman berkenaan.
Mengikut pertuduhan, Ahmad Ridzwan didakwan melakukan khianat iaitu menconteng tulisan ‘terrorist’ di tembok luar bahagian Utara Kedutaan Amerika Syarikat menggunakan penyembur cat warna merah sehingga menyebabkan kerugian sebanyak RM200
Baca juga: Tak sangka guna 2 bahan pun menjadi, ini resipi donat bulat tanpa perlu diuli!