“Cara aku sidai baju, lauk aku masak mesti ada je tak kena di mata mentua, akhirnya suami aku pilih…”

Oleh MAISARAH AISYA

Tak ada menantu yang selesa tinggal di rumah mentua walaupun sebaik mana sekalipun hubungan.

Pastinya setiap pasangan inginkan rumah sendiri yang datang dengan privasi untuk mereka mengembangkan keluarga mereka.

Buat wanita ini, dia tidak menyangka sikap mentua yang tegas untuk tidak benarkan anak berkahwin keluar rumah sebagai satu pengajaran buatnya.

Di bawah adalah kisah yang diambil dari portal luahan perasaan atas talian.

Aku nasihat siapa-siapa yang mendirikan rumah tangga dan bercadang nak menumpang rumah mentua. Tolonglah ubah fikiran.

Tinggal dengan mentua ni banyak buruk daripada baiknya. Enam tahun kahwin dan tiga tahun tinggal dengan mentua cukup bagi pengajaran buat aku.

Lepas aku kahwin aku duduk dengan mentua sebab dia bagi alasan rumah besar dan pelbagai alasan lain supaya anak-anak lelaki dia tak pindah.

Mula memang manis mulut tapi lama kelamaan makin nampak perangai mentua, aku nak keluar bercuti pun mentua risau duit suami aku habis.

Segala perbelanjaan bulanan suami pun mentua aku nak tahu. Sampai aku ada anak dua aku menumpang di rumah mentua.

Suami aku bab duit memang selalu bagi duit kat mentua setiap bulan, kami pun tak makan percuma.

Tiga kali mentua halau aku, macam-macam tak kena bila menantu hantu ni tinggal dalam rumah dia. Asal buat silap cakap jangan duduk rumah dia.

Bangun subuh wajib kena menyapu rumah sebelum pukul 8 pagi, lambat menyapu sehari tak cakap dengan aku.

Hari-hari aku yang masak kalau tak kena dengan selera dia memang dia tak sentuh lah masakan aku. Tak masak salah. masak salah.

Aku tak cakap aku sempurna baik sangat setiap manusia ni pasti buat silap, aku dah laksanakan tanggungjawab aku sebagai isteri dan menantu dalam rumah.

Kerja rumah selalu buat, mak aku pun dah pesan jangan malas tinggal dengan mentua sebab suami kerja luar kawasan. Tapi duit selalu tak cukup walaupun gaji mahal.

Suami tinggalkan aku rumah mentua, seksa itu aku je yang tanggung. Basuh baju tak kena, sidai baju tak kena. Anak-anak bising tak boleh.

Akhirnya mentua halau aku hari tu depan suami aku, baru suami aku kenal macam mana mak dia layan aku.

Selepas tu aku dan suami nekad cari rumah sewa, suami pun dah dapat kerja dekat dengan rumah. Allah je tahu macam mana perasaan dapat rumah sewa.

Kami masuk rumah sewa tanpa duit di tangan. Barang-barang rumah pun tak ada, yang ada tong gas dan dapur untuk masak.

Tapi keluarga aku banyak tolong kami, bagi perabot untuk kami. Barang rumah banyak cari yang terpakai.

Hidup kami bahagia dengan anak-anak walaupun hanya makan telur dengan kicap. Selepas kami pindah rezeki kami makin bertambah, rezeki tak pernah putus, syukur.

Jujur masa mentua bagi aku tinggal serumah aku terharu, konon dapat merasa semula kasih sayang seorang ibu.

Tapi sepanjang tiga tahun tu aku tidur dengan air mata, tapi aku tak pernah simpan dalam hati, aku nasihat suami untuk tidak lupa tanggungjawab akan ibunya.

Kalau jenis kuat semangat teruskan tinggal dengan mentua. Kalau tidak carilah alternatif lain dengan pasangan.

Baca juga: “Ingatkan suami hias rumah sambut aku balik berpantang, rupanya wanita lain kemaskan”