Hari demi hari semakin banyak yang membut aduan mengenai scammer di Whatsapp. Kewujudan scammer ini boleh buat kita pening kepala untuk atasi masalah. Bagi mereka yang belum terkena mungkin menganggap perkara ini remeh.
Terbaru, sudah ada yang scammer yang mengambil kesempatan melalui pautan Sumbangan Tunai Rahmah.
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata mesej mengandungi pautan yang meragukan itu disyaki digunakan oleh pengendali pelaburan dalam talian yang tidak wujud atau scammer untuk mencuri akses ke aplikasi WhatsApp milik pengguna.
“Hati-hati dengan mesej yang tersebar dalam WhatsApp seperti ini. Jangan klik, ini link scammer. Jika anda klik, anda akan hilang akses ke aplikasi WhatsApp anda”, katanya menerusi hantaran di Facebook.
Jadi bagaimana usaha kita untuk atasi perkara begini berulang? Seorang warga facebook hari ini berkongsi cara untuk mengelakkan peranti kita diambil alih oleh scammer.






Semoga kita dapat mengambil manfaat dari ilmu warganet ini. Cegah sebelum kita terkena kerana kita mungkin akan menjadi mangsa seterusnya.
Baca: Ibu mengamuk campak barang sebab anak tak bagi ‘transfer’ duit dekat scammer