Carlo Ancelotti sah kena hukuman penjara satu tahun

Oleh ROSLAN ZAMAN

Bekas pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti telah dijatuhi hukuman penjara setahun atas kesalahan cukai.

Ancelotti telah disabitkan kesalahan cukai pada tahun taksiran 2014.

Seksyen 30 Mahkamah Wilayah Madrid menjatuhkan hukuman minimum yang diperuntukkan oleh undang-undang untuk penipuan 2014 dan mengenakan denda €386,361.93.

Pejabat Pendakwaraya semasa membaca hujahan meminta hukuman penjara empat tahun ke atas bekas pengurus Real Madrid dan jurulatih Brazil semasa, menuduhnya menipu perbendaharaan awam sebanyak €1,062,079 pada tahun fiskal 2014 (€386,361) dan 2015 (€675,718) sepanjang tempoh pertama jurulatih Real Madrid itu.

Real Madrid dalam konraknya sewaktu itu bersetuju untuk membayarnya €1,409,645 untuk musim 2013/2014 dan €1,795,575 untuk setiap dua musim berikutnya.

Sebelum ini dia telah dibebaskan daripada kesalahan serupa yang berkaitan cukai pada 2015.

Berkenaan tahun cukai 2015, mahkamah membebaskan Ancelotti kerana gagal membuktikan bahawa dia tinggal di Sepanyol selama sekurang-kurangnya 183 hari yang dikehendaki oleh undang-undang untuk bertanggungjawab bagi cukai.

Bekas pengurus Real Madrid itu sewaktu perbicaraan menjelaskan dia tidak pernah berniat untuk menipu Perbendaharaan.

Dia meminta pembebasannya dan, jika sabit kesalahan beliau memohon hukuman dalam keadaan paling ringan dikenakan ke atasnya. Antaranya adalah pampasan untuk ganti rugi, setelah menyelesaikan hutang menjelang Disember 2021.

baca: Benteng Umno-BN