Caruman KWSP majikan naik 20 peratus: Ini kesan besar yang ramai tak nampak

Oleh MALAYSIA DATELINE

Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) majikan kini dinaikkan sebanyak 20 peratus, namun ramai yang tidak sedar dan mungkin juga tidak tahu apa kesan yang bakal timbul selepas itu.

Izuddin Yussof di Facebooknya ada menulis beberapa pandangan berhubung perkara ini, terdapat 7 kesan besar iaitu:

1) Kos pekerja majikan akan naik lebih kurang 6.2%

Maksudnya kalau sebelum ni bayar kos gaji pekerja RM50,000 sebulan termasuk EPF etc, sekarang akan naik sebanyak RM3,100 sebulan atau RM37,200 setahun

Kalau company besar, kos gaji pekerja sampai RM500,000 sebulan, sekarang akan naik sebanyak RM31,000 sebulan atau RM372,000 setahun

2) Net profit margin akan berkurang dalam lingkungan 31% – 62%

Net profit margin syarikat biasanya dalam lingkungan 10-20%, itupun dah kira tinggi, banyak gak syarikat net margin pun negative (rugi).

Jadi bila kos pekerja naik sebanyak 6.2% mentah-mentah tanpa sebarang manfaat kepada performance syarikat, maka net margin syarikat akan jatuh dalam 31% – 62%

Maksudnya kalau selama ni owner boleh untung RM10,000 sebulan, sekarang akan jadi RM3,800 sebulan, Owner pun tutup business, buang semua orang, pergi makan gaji balik

3) Pilihan yang ada kalau masih nak survive? Pilihan pertama buang pekerja

Tak perlu buang banyak. Ada la dalam 5-10% je daripada tenaga kerja.

Benda ni akan jadi possible untuk company besar yang masih akan ada orang lain untuk cover. Tapi impossible untuk business kecik yang memang setiap orang buat satu role.

Jadi kesan idea tak bijak ni lagi teruk untuk SME

4) Pilihan kedua? Naikkan harga

Tapi harga takkan naik sekadar 6.2% Sebab business owner tahu, bila naik harga, demand pun akan jatuh. Jadi diorang kena cover jugak untuk kejatuhan demand tu.

Jadi harga mungkin akan naik dalam 10%?

5) Overall effect kepada majoriti rakyat biasa?

Kemungkinan kena buang kerja. Dan harga naik 10%. Tapi gaji tak berubah.

6) Kesan kepada ekonomi?

Seperti mana bawak keluar duit KWSP ke dalam ekonomi tu boleh boost ekonomi sampai tahap economic growth 8-13%, obviously naikkan caruman KWSP yang jadikan duit ‘keluar’ daripada ekonomi sebenar ke dalam financial market (sebab KWSP akan guna duit tu untuk invest dalam financial market), akan jadikan ekonomi perlahan atau merudum.

Sebanyak mana? Employee compensation kat Malaysia ni pada 34.8%. Jadi kalau 7% tarik daripada situ, ekonomi pun akan kurang growth sebanyak lebih kurang 2.4%.

Maksudnya kalau economic growth Malaysia yang normal dalam ~4%, maka sebab buat langkah tak bijak ni, ekonomi pun akan jatuh berkembang hanya dalam ~1.6%

7) Jadi apa manfaat buat benda ni?

Entah. Hanya kalau pekerja tu hidup sampai umur 55 tahun dan boleh keluarkan KWSP dia. Tapi hidup akan lagi susah la daripada sekarang sampai umur 55 tu

P/S: majikan US hanya contribute 6% kepada skim persaraan diorang. UK hanya 3%. Majikan Singapore kena contribute 17%, tapi pekerja sendiri kena contribute 20%.

Baca juga: JAIPs sanggah Wadi Annuar – “Dia hilangkan diri tanpa sebarang makluman”