Ungkapan ‘cash is king’ yang merupakan pendekatan dibawa Datuk Seri Najib Razak ketika menjadi Perdana Menteri sohor kini di Twitter.
Frasa yang umum dikaitkan dengan pemberian wang tunai untuk membeli sokongan atau merasuah tular di media sosial susulan program Debat Perdana Najib dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara langsung malam tadi.
Rata-rata warganet mempertikai dan menyindir pendirian Najib yang mempertahankan amalan ‘cash is king’ itu apabila merujuk ‘king’ sebagai rakyat.
Pengguna Twitter, Michelle Yesudas secara sinis berkata, “Apabila dia (Najib) berkata ‘cash is king’, dia maksudkan raja adalah ‘rakyat’. Di mana Birkin saya, saya nak warna merah jambu.”
Untuk rekod, beg tangan Birkin pelbagai jenama mewah termasuk Hermes, Prada dan Chanel antara yang dirampas dari kediaman yang dikaitkan dengan Najib pada 2018.
Sementara itu, Amshar Aziz secara berseloroh sudah tahu mengapa kita semua tidak kaya raya.
“Saya dah faham formula Najib. Cash is king, king is rakyat.
“Cash = king, King= rakyat, Cash = rakyat. Patutlah kita miskin. Kita jadi cash cow,” tulisnya.