Bila cawan putih sudah lama digunakan, pastinya akan ada kesan kuning yang melekat di bahagian dalam, sental banyak kali pun tetap tak hilang.
Apatah lagi jika cawan tersebut sering digunakan untuk bancuh kopi, lama kelamaan makin susah nak cuci ia hingga bersih semula.
Tip ini dikongsi menerusi Facebook Sabunku Malaysia-HQ, sesuai untuk dilakukan di rumah mahupun buat pemilik kedai makan.
Cara hilangkan kesan atau daki cawan
Bahan-bahan:
- Baking soda
- Cuka
- Pencuci pinggan mangkuk
Cara-cara:
- Masukkan 1 sudu baking soda ke dalam bekas yang kotor.
- Tuang 2 sudu cuka ke dalam bekas yang kotor.
- Isikan sedikit pencuci pinggan mangkuk.
- Tambahkan dengan air panas atau air suam
- Kacau hingga sebati dan biarkan selama 10 minit
- Cuci cawan atau mug itu dengan menggunakan span pencuci pinggan anda.
Bagi kotoran yang terlalu degil , rendam cawan atau mug anda semalaman bersama baking soda dan cuka.
Selamat mencuba!
Baca juga: Lelaki ajar cara suburkan tanaman cili guna teh uncang, kongsi 4 tips elak pokok rosak