Cemburu cucu rapat dengan lelaki lain, Sami serang remaja sebelum melarikan diri

Oleh KIM SYAZIE

Seorang sami di Thailand sanggup mencederakan cucu sendiri sehingga parah atas alasan cemburu kerana remaja tersebut rapat dengan lelaki lain.

Alasan yang diberikan adalah kerana dia telah menghabiskan wang untuk penuhi permintaan remaja tersebut namun tidak diberi peluang untuk ‘menyentuhnya’.

Pegawai dari Balai Polis Phibun Mangsahan telah dipanggil ke sebuah kuil di bandar Ubon Tatchathani, wilayah Isaan untuk berjumpa dengan seorang gadis dikenali sebagai Ae lapor The Thaiger.

Difahamkan, Ae ditemui dalam keadaan cedera parah oleh neneknya di penginapan seorang sami di Kuil Baan Na Gae daerah Phiboon Mang Sa Harn di Udon Ratchathani pada 8 Januari lalu.

Ketika itu muncul hasil rakaman video keselamatan yang menunjukan sami dikenali sebagai Phra Uthit melarikan diri dengan menaiki motosikal Ae selepas menyerang gadis berkenaan.

Malah, pihak polis berjaya menemui sepucuk surat di lokasi kejadian dan dipercayai bahawa sami berkenaan menyukai Ae, namun cemburu apabila melihat mangsa berkenalan dengan seorang lelaki baru-baru ini.

“Saya bayar segala-galanya untuk awak, yuran pengajian, yuran pergigian, aksesori dan apa sahaja yang awak nak. 

“Saya tak ada peluang untuk sentuh awak. Awak abaikan semua yang saya buat untuk awak,” antara isi kandungan surat tersebut.

Sami berusia 56 tahun itu bagaimanapun tidak sempat ditahan kerana sudah menggantung diri di sebatang pokok dalam hutan tidak jauh dari padang bola Sekolah Ban Nakae.

Uthit dipercayai membunuh diri kerana berasa tertekan dengan kes terbabit serta ingin melarikan diri daripada ditangkap pihak polis.

Baca juga: Buat Lalamove untuk cari rezeki, lelaki terkejut terima pesanan buang saka