Cermin kereta retak angkara air tembikai basi

Oleh MAISARAH AISYA

Umum tahu air buah yang basi boleh bertukar menjadi gas disebabkan itu tak digalakkan tinggal botol air di dalam kereta apatah lagi ia diletakkan di bawah panas terik matahari.

Terkejut melihat cermin depan retak dan ada kesan objek bulat, seorang pengguna TikTok @pinky_lollipops tidak menyangka air tembikai dalam bekas minuman kedap udara boleh meletup.

Menerusi video yang dikongsikan dua hari lepas, pengguna tersebut memaklumkan bekas tersebut tidak mengandungi air panas sebaliknya ia adalah air buah yang sudah basi.

“Dalam tu bukan air panas tapi air tembikai yang basi jadi bergas. Kemudian kereta tu pulaletak dekat tengah panas.

“Makin mengganas partikel gas tu bergerak, itu yang meletup sebab tiada ruang untuk gas tu keluar.

“Penutup botol ni kena tepat dekat cermin depan kereta, jadi janganlah biar air basi lama-lama dalam kereta,” jelasnya dalam video di TikTok.

Dalam hantaran berbeza menerusi ruangan komen, dia memaklumkan botol air tersebut bukan miliknya dalam pemilik botol itu yang akan menukar cermin depan kereta itu.

Rata-rata netizen terkejut melihat situasi tersebut ada juga berkongsi kisah sama cuma botolnya yang meletup tidak mengakibatkan kerosakan pada cermin.

“Nak lagi selamat, jangan tinggalkan apa jenis botol sekalipun dalam kereta yang diletakkan di tengah panas.

“Saya pernah hari tu terlupa nak basuh botol, dalam tu ada teh ais tapi dah basi, letak pula kereta bawa panas. Buka kerete tengok dah meletup nasib tak kena cermin.

“Kadang tu terlupa kita tertinggal botol dalam kereta, ni boleh jadi peringatan untuk semua, pastikan tak simpan barang dalam kereta,” antara komen netizen.

Baca juga: Media di India dakwa Bukit bintang antara lokasi pelancongan paling ‘overrated’