Christy Ng belanja RM40,000 untuk pantri pejabat sahaja

Oleh ROSLAN ZAMAN

Usahawan Christy NG menarik perhatian warganet apabila berbelanja besar untuk kemudahan pekerjanya di pejabatnya.

Menerusi video tiktok, bos syarikat jenama Christy Ng itu berbelanja RM40,000 untuk pantri sahaja.

Sebut apa sahaja makanan dan jenis minuman, semuanya tersedia di pantri syarikat jenama beg dan kasut ini.

Bukan setakat makanan ringan macam keropok, coklat, jelly dan mee segera, Christy siap sediakan barangan mandian seperti sabun badan, hair mist dan tuala wanita.

@christyemilylove

Christy dah restock pantry sebab nak make sure staff Christy tak mengular dah 😠 @cpmalaysia @bitbitesmsia_salmonskin Oriental Food Malaysia @eurekapopcornsnack @thegoldenduck.co @tropicanamalaysia @liptonmalaysia @calpismalaysia @calpissodamalaysia @wondacoffee.my @gooddaychargemy @sweegiesmy @granoilahq @radiantwholefoodmy @captaindolphin.my @bloodmalaysia @theolivetreecompany

♬ original sound – Christy Ng πŸ’›

Dengan caption “Christy dah restock pantry sebab nak make sure staf Christy tak mengular dah..”, ramai kagum dengan bos seperti Christy. Malah ada yang berharap bos merek di pejabat sama seperti apa yang Christy buat.

Di ruangan komen, ramai yang memuji usaha Christy menghargai pekerjanya di pejabat. Dengan usaha ini boleh menambahkan lagi semangat pekerja untuk bekerja dengan lebih kuat untuk syarikat.

baca: Menyorok dalam pejabat, bapa Baby Syifa didakwa β€˜sebat’ duit sumbangan arwah Dea Maisarah