Cikgu sekolah kantoi curi baju dalam, seragam jururawat di jemuran

Oleh ROSLAN ZAMAN

Seorang guru haruslah menjadi cerminan yang baik kepada anak murid dan masyarakat. Jika guru pun rosak akhlaknya, bagaimana figura ini boleh layak mendidik anak-anak kita.

Malang seorang guru apabila kerja terkutuknya selama ini terbongkar. Guru sains dari Thailand itu ditahan oleh pihak berkuasa selepas mencuri pakaian dalam dan seragam jururawat, lapor portal berita Must Share News.

Sebelum ini, jururarawat yang mendiami di asrama berkenaan berasa curiga apabila jemuran pakaian dalam dan seragamnya di luar kerap hilang secara misteri.

Selepas beberapa hari, misteri kehilangan pakaian di asrama terbongkar apabila perbuatan guru sains yang menggunakan nama samaran Noi ini dapat ditangkap.

Noi yang berumur 36 tahun didakwa mencuri pelbagai barangan dari asrama jururawat di wilayah Buriram.

Suspek didapati positif methamphetamine dan kini didakwa kerana mencuri harta kerajaan, memiliki barang curi serta menyalahguna dadah. 

baca: Beli barang ‘online’, remaja lelaki kantoi menyamar jadi penolong pegawai perubatan