Cipta sejarah, Fouzia Younis jadi wanita Islam pertama dalam Diplomat UK

Oleh KIM SYAZIE

Siapa menyangka wanita beragama Islam, Fouzia Younis mampu memegang jawatan tertinggi diplomatik United Kingdom.

Diplomat Britain Fouzia kini berkhidmat sebagai Pengarah Komunikasi Suruhanjaya Tinggi British di Islamabad, Pakistan,

Beliau juga dilantik sebagai Konsul Jeneral British di Toronto, bandar terbesar Kanada.

Berkongsi di Twitter, Fouzia mengimbau kembali pengorbanan ayahnya yang menghantar dirinya ke stesen bas pada empat pagi untuk temu duga.

Tidak hanya itu, beliau juga berterima kasih kepada arwah ibunya yang menyokong keputusannya untuk ke universiti.

Fouzia turut berkongsi di Twitter pengalaman pertama ibunya yang baru berkahwin ketika tiba di UK pada Februari 1977.

“Walaupun berdepan prasangka dan diskriminasi, ibu tabah dan berbakti kepada keluarga serta masyarakat.

“Dia memerangi Islamofobia selepas 9/11 dan seksisme dari dalam komunitinya sendiri,” katanya.

Beliau sebelum ini pernah berkhidmat dalam jawatan diplomatik di Bangladesh dan Sri Lanka.

Baca juga: Minat komuniti perniagaan Arab Saudi melabur di Malaysia bukti kestabilan negara