Bekas calon bebas yang pernah bertanding pilihanraya umum ke-15 (PRU15) di kawasan Batu Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin atau lebih dikenali sebagai Cleopatra telah menyerahkan borang permohonan keahlian untuk menyertai Pas.
Dewan Muslimat Pas Malaysia (DMPM) dalam kenyataannya di facebook semalam, Cleopatra menyatakan bahawa keputusannya menyertai Pas adalah demi masa depan anak-anaknya.
“Cleopatra yang juga merupakan seorang ibu tunggal, sebelum ini pernah menyuarakan hasrat untuk mengenali Pas dengan lebih dekat serta menyatakan kesediaan mengikuti tarbiah parti tersebut.
“Selain dikenali sebagai seorang aktivis aktif dalam kerja-kerja amal dan pengasas NGO Hetero Action Women Alliance (HAWA) yang memperjuangkan hak wanita dan masyarakat, Cleopatra juga memainkan peranan sebagai seorang pempengaruh media sosial.
“Peranannya sebagai pempengaruh menjadikannya suara penting dalam memperjuangkan isu-isu sosial dan pembangunan komuniti,” kata kenyataan dewan itu di facebook.
Cleopatra sebelum ini menjadi tular selepas kejelitaannya menyerlahkan lagi personalitinya.
Memetik portal Sinar Harian, Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat, Nuridah Mohd Salleh berkata, pihaknya amat mengalu-alukan penyertaan Cleopatra serta seluruh wanita Malaysia sebagai ahli keluarga besar Pas.
“Penyertaan Cleopatra ke dalam Pas dilihat sebagai satu langkah strategik dalam memperkukuh peranan politik wanita di Malaysia serta memperjuangkan kesejahteraan masyarakat,” katanya.
baca: Adun Pas Jengka