Sehingga semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sejumlah 22 kematian baru akibat Covid-19, menjadikan keseluruhan kes meninggal dunia sebanyak 31,853 kes.
Daripada jumlah kematian yang baru dilaporkan, lima kematian berlaku di luar hospital sebelum mendapatkan rawatan.
Kes BID kini merekodkan sebanyak 6,425 kes.
Selangor mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu tujuh kes, diikuti Perak (tiga), Johor, Negeri Sembilan, Sabah dan Terengganu (masing-masing dua) serta Kedah, Kelantan, Pahang dan Sarawak (masing-masing satu).
Tiada kes kematian dilaporkan di Melaka, Perlis, Pulau Pinang, Labuan dan Putrajaya.
Kerajaan juga mencatat 3,254 kes sembuh baharu menjadikan keseluruhan kes sembuh dalam negara sebanyak 2,747,457 atau 97.4 peratus.
Bagaimanapun sehingga tengah malam tadi, sebanyak 41,617 kes aktif masih dilaporkan.
Selain itu, bagi dewasa 18 tahun ke atas, KKM merekodkan sekurang-kurangnya 42.7 peratus rakyat Malaysia sudah mendapatkan dos ketiga atau dos penggalak.
99.1 peratus bagi dewasa berumur 18 tahun juga direkodkan sudah lengkap 1 dos, manakala 97.9 peratus lengkap dos kedua.