Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan sejumlah 3,175 individu dijangkiti Covid-19 setakat jam 12 tengahari tadi.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dengan jumlah kes baru dilaporkan itu menjadikan keseluruhan kes positif sebanyak 2,792,035 kes.
Ini bermakna hampir 2.8 juta rakyat Malaysia telah dijangkiti wabak berkenaan sejak virus tersebut melanda negara dua tahun lalu.
Data setakat 9 Januari, sebanyak 7.8 juta rakyat sudah mendapatkan suntikan dos penggalak, bersamaan dengan 33.4 peratus populasi rakyat Malaysia.
