Terdapat 3,510 kes positif baharu Covid-19 direkodkan Kementerian Kesihatan (KKM) setakat tengah hari tadi.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah jangkitan wabak itu mencecah 2,731,713 kes.
Sementara itu, 29 kes kematian akibat Covid-19 dicatatkan sehingga tengah malam tadi, termasuk enam membabitkan kes kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).
Susulan itu, angka kematian akibat Covid-19 sudah berjumlah 31,221 kes sejak virus berbahaya itu dikesan di Malaysia pada akhir Januari tahun lalu.