Terdapat 5,806 kes baharu Covid-19 dilaporkan setakat jam 12 tengah hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan jangkitan baharu itu menjadikan jumlah terkumpul kes di negara ini mencecah 2,644,027.
Jangkitan baharu yang dilaporkan naik daripada 5,439 kes yang direkodkan setakat jam 12 tengah semalam.