Covid-19: Kelantan catat penggunaan katil ICU paling tinggi berbanding negeri lain

Oleh NASUHA RAHMAN

Negeri Kelantan mencatat penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) yang tertinggi iaitu 94 peratus bagi kes Covid-19 berbanding negeri-negeri lain.

Dalam kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Noor Hisham Abdullah, Kelantan antara yang tertinggi daripada enam negeri yang disenarai dalam penggunaan katil kes kritikal.

Covid-19: Kelantan catat penggunaan katil ICU paling tinggi berbanding negeri lain
Tan Sri Noor Hisham Abdullah

Lima negeri selepas Kelantan adalah Johor (69%), Putrajaya (67%), Kuala Lumpur (62%), Perak (58%) dan Melaka (58%).

Bagi penggunaan katil bukan ICU Kelantan juga turut tercatat penggunaan katil yang paling tinggi iaitu 108 peratus diikuti Selangor (101%), Putrajaya (95%), Kuala Lumpur (94%), Perak (87%), Perlis (74%), Johor (70%), pahang (66%), Sabah (60%) Pulau Pinang (60%), Terengganu (57%), dan Sarawak (56%).

Sementara itu, sebanyak 24,466 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 3,419,636.

Kes aktif kini berjumlah 300,653, meningkat sebanyak 78.6 peratus berbanding 14 hari lalu.