Bukan masalah yang baru berlaku namun hingga kini masih ada segelintir individu cuba memasuki Makkah tanpa visa haji yang sah.
Kebanyakan akan masuk lebih awal untuk menunaikan haji tanpa visa sah meskipun tahu ia melanggar undang-undang.
Menurut Gulf Newa, pasukan keselamatan Arab Saudi menahan 42 ekspatriat yang memegang pelbagai jenis visa bukan haji.
Kesemua mereka ini ditahan di Makkah selepas kempen keselamatan dijalankan secata berterusan bagi memastikan semua mematuhi protokol ibadat haji.
Dalam pada itu, Kementerian Dalam Negeri mengesahkan bahawa individu terbabit didapati memasuki Makkah tanpa permit haji yang sah.
Ini sekali gus dilihat mengingkari arahan jelas yang dikeluarkan kepada penduduk dan pelawat serta prosiding undang-undang sudah dimulakan terhadap individu terlibat.
Pada masa sama, pihak berkuasa turut melancarkan operasi untuk mengenal pasti dan menahan mereka yang menjadi orang tengah.
Terutamanya pihak yang menyediakan pengangkutan, tempat tinggal atau bentuk bantuan lain yang bertentangan dengan undang-undang.
Sebelum ini media melaporkan mereka yang didapati bersalah membantu jemaah haji masuk secara haram boleh berdepan hukuman berat termasuk penjara.
Baca juga: Peraturan haji semakin ketat, 10 tahun tak boleh masuk Arab Saudi kalau ingkar