Timbalan presiden Parti Amanah Negara (Amanah) menyifatkan cubaan melagakan gaya kepimpinan beliau dengan presidennya, Mohamad Sabu sebagai lucu dan nakal.
Beliau berkata, cubaan melaga-lagakan itu mungkin kerana ada pihak yang resah dan iri hati dengan kewujudan dan kejayaan Amanah walaupun baru berusia dua bulan.
“Cubaan paling lucu dan nakal ialah melagakan gaya kepimpinan saya dan Hj Mohd Sabu. Kononnya saya pro PKR dan Hj Mohd Sabu terlalu pro DAP. Amat menjengkelkan bukan?” kata beliau dalam satu kenyataan.
Salahuddin berkata, berbekalkan pengalaman puluhan tahun dalam politik, beliau dan Mohammad amat matang membaca pelbagai permainan politik murahan.
“Amanah melaksanakan keputusan parti secara padu dan tidak bersikap “kluk-klek”.
“Kekuatan yang kami praktikkan dalam Amanah ialah kebertanggungjawapan secara kolektif. Presiden Amanah tidak besar kepala dan gemar membuat keputusan sendiri. Jawatankuasa Nasional pula bebas menegur pimpinan tanpa ancaman,” katanya.
Menurut beliau juga, perkembangan pesat Amanah yang mendapat liputan, perhatian dan sambutan masyarakat Malaysia dan antarabangsa adalah pencapaian yang boleh dibanggakan walaupun berusia hanya dua bulan.
Pemimpin-Pemimpin kanan Amanah katanya telah diberikan penghargaan menyertai pelbagai forum di pentas politik nasional dan internasional yang membuktikan bahawa Amanah telah diiktiraf sebagai sebuah entiti politik yang penting.
Beliau memberitahu, pihak sekretariat pula sedang bekerja keras nemproses permohonan keahlian yang telah mencapai 50 ribu disamping menunggu 150 ribu borang keahlian yang telah diedarkan ke seluruh negara dan yakin hasrat Amanah mencapai 100 ribu ahli sebelum akhir tahun ini akan menjadi kenyataan.
“Pencapaian Amanah yang menyakinkan ini dengan berteraskan dasar Islam yang berwajah rahmat untuk semua di samping pendekatan yang Progresif, Inklusif dan Peduli , ramai yang meletakan harapan yang tinggi kepada Amanah untuk terus maju kehadapan mewarnai aspirasi rakyat Malaysia bersama Pakatan Harapan,” katanya.
![]() | ![]() | ![]() |