Cucur udang rangup di luar lembut di dalam! Senang rupanya nak buat

Oleh MAISARAH AISYA

Kalau yang suka makan kuih atau masakan ringkas untuk minum petang pastinya boleh mencuba resipi ini.

Nampak senang dan boleh dibuat untuk dinikmati bersama keluarga sambil layan angin petang.

Resipi ini dikongsi Nurul Jannah melalui Rasa Share Resipi.

Cucur udang

No photo description available.

Bahan-bahan:

  • 1/2 ikat daun kucai (potong-potong)
  • 1 mangkuk kecil tauge
  • 1/2 btg lobak merah (hiris)
  • Udang secukupnya
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • Air secukupnya
  • Minyak masak untuk menggoreng

Cara-cara:

  1. Dalam mangkuk, masukkan daun kucai, tauge, lobak merah, udang, tepung gandum, tepung beras, serbuk penaik, garam, serbuk kunyit dan air sedikit demi sedikit. Gaul semua sebati.
  2. Adunan perlulah dibancuh tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Rehatkan adunan selama 15 minit.
  3. Panaskan minyak masak. Tunggu sehingga minyak sederhana panas.
  4. Masukkan sesudu demi sesudu bancuhan. Terbalik-terbalikkan cucur sehingga masa dengan rata.
  5. Jangan masukkan banyak sangat. Biar ada ruang antara cucur.
  6. Ulang langkah ini sehingga bancuhan habis digoreng.
  7. Angkat dan toskan.

Selamat mencuba!

Baca Artikel Penuh