Pelakon lelaki terkenal Fattah Amin hari ini berkongsi perasaan sedih di instagram story miliknya. Pelakon itu risau dengan keadaan anaknya Nur Fatima Aisya yang tidak sihat.
Fattah juga meluahkan perasaan sudah berapa kali cubaan untuk datang berjumpa anaknya tetapi tidak berjaya.
“Dah berapa kali Daddy datang tapi tak dapat jumpa Fatima, kesian Fatima tak sihat. Mohon doakan Fatima semua,” tulis Fattah.

Pelakon itu turut memuatnaik gambar anaknya yang sedak diberi ubat menandakan anaknya tidak sihat,
Sebelum ini tular video live Fatima yang mengatakan sudah tidak sayang ayahnya. Video itu menjadi spekulasi dikalangan peminat yang mendoakan terbaik untuk ayah dan anak itu.
Untuk rekod, Fattah dan Fazura bercerai pada tahun lalu atas alasan tidak sehaluan. Fazura juga semasa sidang medianya pada tahun lalu turut memberi alasan penceraiannya yang menuduh Fattah bersama dengan perempuan lain. Fazura juga turut mengatakan Fattah tidak memberikan anaknya duit raya.