Dah habis makan baru aku sedar tu bukan kedai makan…patutlah makcik tu diam je masa hidang air

Oleh KIM SYAZIE

Seorang lelaki berkongsi kisah yang tidak diduga apabila secara tidak sedar, memasuki sebuah kawasan yang disangkakannya adalah kedai.

Berkongsi kisah lucunya tersalah masuk dapur rumah orang, Mohd Kharbi berkata ia berlaku selepas dia melakukan aktiviti mengayuh basikal di Terengganu.

Dia mengakui tidak sedar memasuki dapur rumah orang kerana susun aturnya seperti susun ruang makan yang terbuka, cantik lengkap dengan meja makan seolah-olah gerai makan.

Kisah ini sebenarnya berlaku tiga tahun lalu.

“Saya hanya sedar rupanya ini bukan kedai makan tetapi rumah orang selepas bertanya harga makanan sebaik sahaja selesai makan nasi dagang bersama teh tarik” Kongsi lelaki yang bernama Mohd Karbi Mominin. Dah selesai makan baru tahu itu bukan kedai tapi rumah orang.

Menurut maklumat dari Karbi, semasa itu keadaan dirinya sudah terlalu penat dan lapar kerana mengayuh basikal lebih 70 kilometer dari Tasik Kenyir ke Kuala Berang. Semasa itu adalah hari pertama Hari Raya Haji.

Karbi bercerita;

“sebelum pada itu, saya hanya makan pada sebelah malam, hari Khamis dan selepas Subuh hari Jumaat saya terus mengayuh basikal tanpa makan sedikit pun.

“Keletihan mengayuh basikal itu menyebabkan saya menjadi terlalu penat dan tak dapat berfikir dengan betul. Lihat sahaja rumah itu, terus saya sangka kedai makan.

“Semasa itu ada dua orang wanita, seorang lelaki dan seorang kanak-kanak yang disangka itu adalah pelanggan di kedai itu,” Kongsi Karbi

Karbi berkata, dia menyangka rumah itu menjual nasi dagang dan terus memesan makanan berkenaan dan lebih memalukan apabila seorang wanita telah bertindak menceduk nasi untuknya.

“Semasa itu pun mereka tak cakap apa-apa, tambahan pula saya jenis yang banyak bercakap dan bercerita dengan anak pemilik rumah itu.

“Tapi saya mula rasa pelik, bila makcik itu hantar secawanteh tarik sedangkan saya tak order pun, Kata Karbi.

Selesai sahaja makan dan ingin bayar, barulah saya tahu kesilapan dirinya dan saya sangat rasa malu.

“Walau apa pun saya ingin maklumkan kepada keluarga itu sangat baik dan makanan yang dibuat itu pun sangat sedap” katanya.

Baca juga: “Apesal kesian pulak, bukan dia kena paksa!!” Che Ta bidas netizen yang kesian tengok Aaisyah ‘dewasa’