Dah jadi isteri ‘pertama’, Ira Kazar akhirnya berani tayang muka suami di sosial media

Oleh KIM SYAZIE

Sejak bergelar isteri kepada pengarah, Syamsul Yusof, Ira Kazar dikatakan tidak pernah berkongsi gambar lelaki itu di sosial media miliknya.

Mungkin menghormati perasaan bekas isteri pertama iaitu Puteri Sarah Liyana, boleh jadi Ira juga ‘seram’ akan kecaman dari orang ramai.

Namun segala-galanya berubah setelah pengarah yang berusia 39 tahun itu sah bercerai talak satu bersama madunya, Puteri Sarah.

Menjadi satu-satunya isteri Syamsul, Ira Kazar akhirnya berani ‘menayang’ wajah suami kesayangannya itu di laman Instagram (IG).

Buat pertama kali berkongsi wajah suami menerusi satu hantaran di IG ‘Story’, Ira bagaimanapun tidak menulis sebarang kapsyen.

Ira hanya memuat naik satu gambar Syamsul berlatarbelakangkan lagu nyanyian penyanyi antarabangsa, Chris Brown dan Tyga iaitu ‘Nasty’.

Ira Kazar atau nama sebenarnya, Faghira Fatini mula dibenci rakyat Malaysia setelah mendirikan rumah bersama Syamsul pada 6 Januari lalu.

Berwalikan bapa Ira sendiri iaitu pelakon, Kazar Saisi, mereka berdua bernikah secara rahsia di Selatan Thailand.

Puteri Sarah kemudian memfailkan saman injuksi terhadap Ira dan keluarga sebelum menuntut agar dirinya dilepaskan.

Sah bercerai pada 14 Jun lalu, Sarah akan menerima bayaran nafkah edah sebanyak RM15,000 daripada Syamsul untuk tiga bulan.

Syamsul juga bersetuju untuk memberikan nafkah sebanyak RM6,000 sebulan kepada dua anaknya, Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4.

Baca juga: Hanya kerana jual rangka motor, anak sanggup terajang, hentak kepala bapa