Dah macam harga makan McD, wanita bayar RM42 bersalin di hospital kerajaan

Oleh KIM SYAZIE

Umum sedia tahu banyak subsidi disediakan di hospital kerajaan, jadi bil yang beribu boleh menjadi ratusan ringgit sahaja.

Seorang pengguna Twitter akui terkejut apabila kos bersalin di hospital kerajaan hanya RM42 sahaja.

Menerusi akaun @pelisahh, dia terkejut kerana harga yang dibayar boleh disamakan dengan makan makanan segera McDonald untuk dua orang.

“Bayar RM42 untuk beranak adalah mengejutkan buat saya. Macam makan McD untuk dua orang. Saya sayang Malaysia,” ciapannya di Twiter.

Pada masa sama dia memaklumkan mengenai kekurangan beranak di hospital kerajaan kerana tidak membenarkan pasangan menunggu selepas bersalin.

Ujarnya, pihak hospital perlu bertimbang rasa membenarkan pasangan menemani kerana kondisi wanita yang lemah selepas bersalin menyukarkan mereka menjaga bayi sendirian.

Walaupun dengan kehadiran jururawat, wanita itu mengatakan dia tidak selesa untuk menyusahkan mereka dengan permintaan yang remeh.

Rata-rata warganet bersetuju bahawa hospital kerajaan menawarkan bil yang rendah hingga ada yang rasa bersalah untuk membayar hanya RM1.

“Setiap kali kena bayar RM1 dekat Hospital Serdang, saya tertanya boleh ke nak bayar RM50? Ambilah duit, saya rasa bersalah,” komen Maylee.

“Saya dulu bayar RM6 sebab satu malam sahaja. Anak masuk NICU dua bulan hanya bayar RM300. Kalau dekat hospital swasta mungkin cecah RM15,000,” tambah Lily.

Baca juga: Lelaki terkejut bil hospital cuma RM17 padahal isteri ‘warded’ 4 hari, syukur ‘healthcare’ di Malaysia masih murah