Dah macam menu ‘Fear Factor’, peniaga bazar Ramadhan jual Taufufa basi

Oleh KIM SYAZIE

Saban hari, ada sahaja pengunjung yang meluahkan rasa tidak puas hati mereka dengan juadah yang dijual di bazar Ramadhan.

Pelbagai masalah perlu dihadapi pelanggan seperti makanan basi, kuantiti makanan yang tidak sepadan dengan harga dan sebagainya.

Baru-baru ini, seorang individu berkongsi kekecewaannya dengan juadah pencuci mulut yang dibelinya di bazar berdekatan rumahnya.

Melekit dan berketul, taufufa gula putih tersebut telahpun basi saat lelaki itu ingin menjamahnya untuk berbuka puasa.

Menerusi hantaran di akaun laman Facebooknya, pemuda itu turut menyifatkan makanan tersebut seperti keju mozarela.

“Kalau tak habis jualan buang terus, jangan jual bawak ke esoknya. Ni apa, ‘natto’ Malaysia? Taufufa cheese mozarella ke? Salah B40 ke macam mana ni,” soalnya.

Baca Artikel Penuh