Duit adalah perkara penting dalam menghalalkan sesuatu hubungan, kerana tanggungjawab lebih besar perlu dipikul pasangan suami isteri.
Namun ini bukanlah tiket khas untuk wanita meminta duit hantaran yang terlalu tinggi hingga menyusahkan pihak lelaki.
Seorang jurugambar perkahwinan berkongsi kisah seorang pengantin lelaki yang menceraikan isteri dengan talak tiga hanya kerana duit.
Pihak wanita meminta mas kahwin sebanyak RM22,222.22 dan si lelaki setuju dengan hal tersebut namun segalanya berubah selepas selesai akad nikah.
Suasana tenang bertukar bising apabila duit hantaran dikatakan tidak cukup RM1,000 oleh pihak pengantin perempuan.
“Dah tahu tak cukup duit gatal nak kahwin tu kenapa…”, ujar pengantin perempuan yang berang kerana duit tak cukup.
Tanpa berlengah dan dikawal emosi sedih kerana merasa terhina, si lelaki terus menceraikan isteri dengan talak tiga di hadapan semua tetamu.
“Alang-alang semua ada kat sini. Saya ceraikan awak dengan talak tiga.
“Baru jadi isteri tak sampai setengah jam sudah macam ini. Saya sengaja tak cukupkan seribu sebab nak lihat reaksi anda semua.
“Ini ada saya bawa wang yang tak cukup tu”, ujar pengantin lelaki tersebut.
Kesalahan si lelaki adalah menguji pasangan dengan masalah, si wanita pula secara terang-terang memperlekeh si suami yang berusaha keras dalam menghalalkan hubungan.
Baca juga: Masih menghitung hari, Neelofa nafi sudah selamat melahirkan anak kedua