Dahlah tiada adab, postur badan pun tidak betul, bahaya pula tu! Ini risiko letak kaki di papan pemuka kenderaan

Oleh ARIF ATAN

Dahlah tiada adab, postur badan tidak betul seperti tabiat meletakkan kaki di papan pemuka atau dashboard kenderaan juga berbahaya kerana ledakan beg udara ibarat “bom mini” yang boleh mematahkan kaki.

Bukti tragedi patah riuk serta kemungkinan tinggi cacat seumur hidup akibat kaki bertemu dengan kepala itu juga dikongsikan warganet.

“Pernah sekali ambulans call. Kemalangan di Plus. Lori ikan rempuh lori kontena. Kelindan lori ikan, kakinya bertemu dengan kepala.

“Tidur dalam keadaan kaki di dashboard lori. Patah riuk,” kata Muhammad Daniel.

Risiko cedera parah bahkan lumpuh akibat tulang pinggul patah dan terkeluar dari soket impak hentaman beg udara yang menolak kaki terus mengepit ke muka juga ada digambarkan dalam drama bersiri perubatan Amerika Syarikat (AS), Grey’s Anatomy.

#image_title

“Pernah tengok dalam Grey’s Anatomy, wanita hamil letak kaki di dashboard begitu. Tiba-tiba kemalangan sampai mati si ibu dan kandungannya itu.

Baca Artikel Penuh