Bukan senang untuk berjumpa dengan pemain badminton, Lee Zii Jia yang namanya kini sedang naik dalam industri sukan.
Bukan hanya orang biasa namun anak pelakon Hairul Azreen dan Hanis Zalikha yang meminati permainan badminton turut menjadikan Zii Jia sebagai idola.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, anak perempuan Hairul, Alisa Aisyah memaklumkan hasrat untuk berjumpa dengan Zii Jia.
Alisa dilihat sempat menangis apabila dimaklumkan Zii Jia hadir semasa dia di sekolah malah dilihat tersipu malu selepas pemain badminton itu kembali untuk berjumpanya.
Lebih menarik perhatian ramai adalah ketangkasan Alisa memukul bulu tangkis yang dilemparkan oleh Zii Jia.
“Semalam daddy (hairul) cakap Lee Zii Jia nak datang tapi Alisa ada dekat sekolah. Terima kasih uncle sebab datang balik untuk jumpa,” ujar kapsyen di reels Instagram Alisa.
Rata-rata netizen akui cemburu apabila menyatakan mereka sendiri sukar untuk berjumpa dengan pemain badminton in dan berseleroh Alisa menggunakan ‘kabel’.
“Aaaaaa Alisaaa, bertuahnya! Ini baru betul definasi untuk ‘guna kabel’
“Orang lain punya susah nak jumpa Lee Zii Jia, bapa Alisa elok je call dia suruh datang Express shipping betul.
“Sekali dia libas kita pun takut, sampai Zii Jia minta berhenti ‘smash’ lagi,” antara komen netizen.
Baca juga: Isteri dikejar ke IJN kerana alahan teruk, Jamal Abdillah nak ‘tutup kilang’ lepas anak ke-7 lahir